Sedikit Maklumat

Tentang Kami

Siapa Kami?

Pengenalan

Firma Perakaunan & Setiausaha Syarikat.

MIG ASSOCIATES diperakui sebagai firma perakaunan pada 5 Februari 2009 oleh Institut Akauntan Malaysia MIA) dengan No. Pendaftaran : NF 0974. Pengasasnya, Mohamad Ibrahim bin Ghazali, adalah Akauntan Bertauliah, berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia sejak 15 November 2002 dan merupakan Setiausaha Syarikat Berlesen (MIA 20637). Mohamad Ibrahim bin Ghazali juga memiliki sijil amalan setiausaha dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 9 Februari 2020 (No. Perakuan Amalan : (202008001136)

MIG ASSOCIATES menawarkan perkhidmatan dalam 4 bidang utama iaitu ; –
• Khidmat Perakaunan
• Khidmat Perancangan Percukaian
• Khidmat Kesetiausahaan Syarikat
• Khidmat Nasihat dan Pengurusan

MIG ASSOCIATES, pejabat urusannya terletak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi 
dan mempunyai cawangan di Taman Setia Balakong, Cheras Selatan, Selangor. MIG ASSOCIATES juga telah membuka cawangannya yang pertama di luar negeri Selangor iaitu Wisma Kasih Ibu, Alor Setar, Kedah mulai bulan Jun 2020. 

Dengan gabungan kakitangan yang berkelayakan dan juga berpengalaman, di 
samping komitmen serta kualiti perkhidmatan professional yang diberikan, MIG ASSOCIATES dijangka akan mengembangkan lagi perniagaannya di Pantai Timur dan Selatan Semenanjung pada masa hadapan.

MIG ASSOCIATES mempunyai jaringan bisnes yang mantap dengan beberapa firma audit, firma perakaunan dan ejen percukaian berlesen dalam industri ini. Hubungan baik dan erat ini amat penting dalam usaha untuk memberikan kualiti perkhidmatan yang sentiasa terjamin kepada para pelanggan kami.

MIG Associates

teraju Utama

MOHAMAD IBRAHIM BIN GHAZALI

Seorang Akauntan bertauliah dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta memiliki Ijazah Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Berpengalaman lebih 28 tahun dalam Pengurusan Kewangan Korporat, Pengauditan & Latihan. Beliau merupakan Setiausaha Syarikat Berlesen. 

Sebelum menubuhkan MIG ASSOCIATES, beliau pernah berkhidmat dengan firma audit dan beberapa syarikat dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, hartanah, pengangkutan, kontraktor alam sekitar dan teknologi maklumat. Kariernya bermula dari tahun 1988-1994 sebagai Juruaudit Luar dan Dalam. Seterusnya dari 1995-2006, beliau berhijrah ke sektor swasta di peringkat pengurusan organisasi. Selama lebih 10 tahun, beliau bertanggungjawab mengendalikan pengurusan kewangan, perundangan,  kesetiausahaan dan perancangan korporat syarikat. Antara jawatan yang pernah dipegang oleh beliau ialah Pengurus Kewangan, Pengawal Kewangan dan Pengurus Besar.

Mohamad Ibrahim berkepakaran dalam penyediaan Rancangan Perniagaan, kemaskini profil syarikat dan urusan pendaftaran/pembaharuan sijil Kementerian Kewangan. Selain itu, beliau turut memiliki kepakaran dalam penyediaan penyata kewangan syarikat, pengiraan cukai, pengiraan ‘Goods & Services Tax’ (GST) serta penyediaan dan penghantaran borang cukai ke pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pada 5 Februari 2009 Mohamad Ibrahim bin Ghazali telah menubuhkan MIG ASSOCIATES, sebuah firma perakaunan yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malayisa (MIA) dengan No. Pendaftaran NF0974. MIG ASSOCIATES menawarkan perkhidmatan khidmat perakaunan, percukaian, kesetiausahaan syarikat, khidmat nasihat dan pengurusan perniagaan serta latihan keusahawanan.

MIG ASSOCIATES mempunyai jaringan bisnes yang mantap dengan beberapa firma audit, firma perakaunan dan ejen percukaian berlesen dalam industri ini. Hubungan baik dan erat ini amat penting dalam usaha untuk memberikan kualiti perkhidmatan yang sentiasa terjamin kepada para pelanggan kami.

MIG Associates

Perlantikan Sebagai Setiausaha Syarikat IKIM

Berkuatkuasa 1 Julai 2020 - 30 Jun 2021

Perkhidmatan Profesional & Bertauliah

Khidmat Nasihat Kewangan, Kesetiausahaan dan Percukaian

Berikan Perhatian Penuh Kepada Perkembangan & Operasi perniagaan Anda.

Biar kami mengisi ruang kerja-kerja menguruskan perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat agar tumpuan anda kepada perkembangan perniagaan menjadi lebih jitu dan berkesan.

Perkhidmatan Perakaunan

Rekod Kewangan Yang Tepat Menjadi Kunci Kepada Aliran Tunai Yang Sihat Untuk Perniagaan Anda.

Pegurusan perakaunan memastikan perniagaan anda sentiasa mempunyai maklumat/data kewangan yang tepat dan terpenting dalam perniagaan iaitu: 1. Penyata Kewangan  2. Penyata Pendapatan  3. Penyata Imbangan  4. Penyata Aliran Tunai

Biar kami adunkan kepakaran kami dalam bekerjasama dengan syarikat  perniagaan anda dalam menjana pendapatan maksima.

Pasukan kami siap sedia dengan kelayakan, pengalaman dan profesionalism berusaha membangun bersama menyediakan maklumat/data serta nasihat yang bersesuaian untuk anda.

Khidmat Nasihat Untuk Sebutharga Percuma

Dapatkan Khidmat Nasihat Kami

Kami memberi khidmat nasihat percuma dalam membantu anda mendapatkan kadar perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan syarikat anda.